Subjek: kisah suami kedekut
Subjek: kisah suami kedekut
Al-kisahnya cerita suami yang sangat kedekut iaitu sepasang suami isteri, dah lama kahwin tapi tak ada cahaya mata. Si suami teramat lah kedekut, bukan setakat taik idung masin, Taik mata pun masin gak.. Salah satu aktiviti tahunan mereka ialah mengunjungi satu pameran udara.
Tahun pertama, si isteri nak sangat naik sebuah pesawat ringan. Pergilah mereka berjumpa dengan pilot pesawat tu.
‘Encik, berapa saya kena bayar untuk menaiki pesawat ni?’ tanya si suami
‘Tak mahal encik, cuma RM50 untuk satu pusingan’ jawab pilot tu.
‘Uuiishh..mahalnya,tak jadi la saya nak naik’ jawab si suami lalu menarik tangan
Isterinya berlalu dari situ.
‘Alaa… abang ni, RM50 pun nak berkira, Setahun sekali je bang, dah lama saya nak naik pesawat cam tu’ rayu si isteri dengan nada manja dengan
harapan si suami akan ubah fikiran.
‘Jgn nak ngada-ada, RM50 tu banyak benda lain kita boleh beli’
Kecewalah si isteri atas sifat kedekut suaminya. Bukannya tak mampu,dlm bank melambak lagi duit dia. Tahun kedua, mereka pergi lagi. Si isteri sekali lagi
memujuk Suaminya untuk menaiki pesawat tu. Berjumpa lah mereka dengan pilot tu, pilot yg sama tahun lepas. Tapi kali ni, bayaranya dah jadi RM80…
Apa lagi sekali lagi kecewa lah si isteri tadi.
Tahun ketiga, mereka pergi lagi… Si isteri tadi awal2 lagi dah pujuk si suami untuk menaiki pesawat ringan tu.
‘Baiklah, kalau bayaranya kurang dr RM30, kita naiklah’kata suami yang membuatkan si isteri menarik muka masam krn dia tahu bayarannya pasti akan meningkat lagi tahun ni. Mereka menuju ke pesawat yang sama cam tahun lepas dan jumpa ngan pilot yang sama juga.
Seperti yang dijangkakan, bayaranya dah jadi RM100. Segeralah si suami menarik tangan istrinya berlalu dari situ. Si pilot tadi yang kesiankan si isteri
yang saban tahun mengimpikan untuk menaiki pesawat tu memanggil mereka semula.
‘Encik, berapa yang encik sanggup bayar?’
‘Aku cuma nak bayar bawah RM30 ajer’ jawab si suami.
Setelah berfikir seketika, berkatalah si pilot tadi
‘Baiklah, Encik boleh naik pesawat tu dengan bayaran RM20 sahaja tapi dgn satu syarat’
Gembiralah si suami tadi, RM20 ajer
‘tapi apa syaratnya’
’semasa di udara, encik dan isteri encik tak boleh mengeluarkan satu suara pun. Kalau bersuara juga, saya akan kenakan bayaran lebih RM10 bagi
setiap perkataan yang keluar dari mulut encik atau isteri encik’ jawab pilot tadi sambil tersenyum.
‘Baiklah saya setuju’ jawab si suami dengan yakin bolehnya.
Maka, naiklah mereka akan pesawat tu… Pilot tadi pun ada niat lain sebenarnya. dia nak ajar si suami yang
kedekut tadi. Dia pun buat lah aksi2 acrobatik yang diakui membahaya. Macam2 aksi dia buat, tapi hairan gak dia sebab suami isteri yang duduk kat belakang dia tak menjerit pun.
Dia cuba lagi buat aksi-aksi yang merbahaya, berpusing2 pesawat tu, tapi still senyap gak. Setelah muslihat dia tak berjaya, pilot tu pun mendaratkan lah pesawat dia. Rasa rugi pulak sbb cuma boleh dpt RM20 ajer. Bila dah mendarat, Cuma si suami yang turun dari pesawat tu.
‘Ehh? mana isteri encik?’tanya pilot tu terkejut.
‘Dia dah jatuh masa kau pusing2 pesawat tadi’
‘Hahh apasal tak cakap’
‘Kalau aku cakap nanti kena tambah bayaran lak’ jwb si suami
Sambil menghulurkan RM20 kepada pilot td dan terus berlalu…
Moralnyer..: Carilah suami yang mengasihi isterinya
tanda2 sakit
Tanda-tanda sakit yang selalu kita rasakan berhubung kait dengan fungsi badan yang lain. Bacalah untuk menilai sejauh mana kesihatan diri anda :-
1. MATA (Bertindak balas dengan keadaan hati).
i) Mata menjadi merah : Hati mengandungi paras toksin yang tinggi.
Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.
ii) Mata menjadi kabur : Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.
iii) Keluar tahi mata : Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.
iv) Keluar air mata : Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja
v) Ketegangan mata dan kelopak : Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.
2. HIDUNG
Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong.
i) Selesema : Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).
ii) Hidung sumbat : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan.
Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
iii) Bersin
a. Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
b. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
3. Batuk
a. Batuk keluar kahak : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
b. Batuk tanpa kahak : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Biasanya kahak pekat keluar selepas beberapa hari memakan RG.
c. Batuk dan berasa gatal di kerongkong : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.
4. KERONGKONG
i) Kerongkong kering. Proses membuang toksin sedang berlaku
di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.
ii) Sakit kerongkong. Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.
5. BIBIR (Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman)
i) Bibir pucat
a. Sistem penghadaman yang lemah.
b. Perut mengandungi angin.
c. Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi. Sepatutnya diperkuatkan fungsi penghadaman dahulu dengan RG sebelum memakan zat besi.
ii) Bibir kering dan pecah. Perut mengandungi banyak bahan toksin.
6. MULUT DAN LIDAH : Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah.
i) Lidah atau gusi bengkak, sakit : Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.
ii) Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser). Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.
iii) Mulut berbau busuk . Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.
7. TELINGA: Berkaitan dengan buah pinggang.
i) Telinga terasa tersumbat : Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.
ii) Telinga berdengung : Sedang merawat buah pinggang yang lemah.Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.
8. KULIT Berpeluh :
a) Peluh masin : Badan mengandungi lebihan asid urik.
b) Peluh berbau : Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.
9. RUAM DAN BISUL : Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.
10. KULIT GATAL DENGAN RUAM : Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.
11. KULIT PECAH DAN BERAIR : Proses pembuangan toksin yang larut dalam air.Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.
12. RAMBUT GUGUR : Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.
13. SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI
a. Sakit Sendi
i) Rasa panas. Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda- tanda penyakit pirai (gout).
ii) Tidak rasa panas Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism).
iii) Sakit di bahagian bahu. Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.
b) KEBAS TANGAN : Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.
c) KEBAS TANGAN KIRI DAN LENGAN : Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.
d) KEBAS KAKI : Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.
e) SAKIT TAPAK KAKI : Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.
f) SAKIT TUMIT KAKI : Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.
g) RASA PANAS DI TAPAK KAKI : Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.
h) GATAL DI CELAH-CELAH JARI KAKI : Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).
14. TANDA-TANDA DALAMAN
A. KEPALA.
Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.
B. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN DEPAN KEPALA
Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.
C. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN BELAKANG KEPALA
i) Bahagian atas . Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
ii) Bahagian bawah (tengkuk). Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.
D. SAKIT KEPALA DAN RASA GAS KELUAR DARI TELINGA :Menandakan penyakit migrain.
E. BISUL TERJADI DI KEPALA
Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.
F. RASA PENING YANG MEMUSING
Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.
15. MULUT/KERONGKONG/LIDAH
a. LOYA/MUNTAH . Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.
b. MUNTAH DARAH
i) Darah merah : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong dan
ii) Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser.
16. LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK : Tanda sakit jantung.
17. KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT . Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman
18. KENCING
a) KERAP KENCING
Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran yang
b) AIR KENCING BERKAPUR Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.
c) AIR KENCING BERMINYAK : Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.
d) AIR KENCING PEKAT BERWARNA COKLAT : Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.
e) AIR KENCING BERDARAH : Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.
19. BUANG AIR BESAR
a) CIRIT-BIRIT/KERAP BUANG AIR BESAR : Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.
b) SEMBELIT: Membersihkan toksin dari usus kecil.
c) NAJIS BERDARAH
i) Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
ii) Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.
d) NAJIS BERWARNA HITAM : Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.
20. BADAN
a) RASA SAKIT : Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah.
i) Sakit menyucuk : Proses menyeimbangkan urat saraf.
ii) Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.
iii) Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.
iv) Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.
b) BADAN TERASA BERAT/ MALAS/ LENGUH . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan
c) BADAN TERASA PANAS . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.
d) BADAN TERASA RINGAN :
Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.
21. RASA TAKUT MENGEJUT : Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.
22. CEPAT NAIK DARAH/MARAH : Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.
23. RASA BIMBANG DAN TAKUT : Sistem paru-paru yang lemah.
24. RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB :
i) Sistem jantung yang lemah.
ii) Sistem saraf otak yang lemah.
iii) Masalah pengaliran darah.
25. SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL : Sistem penghadaman yang lemah.
info jerawat
ni aku dpt forward emel dr kawan aku bkaitan dengan jerawat..
Subject: JANGAN AMBIL MUDAH, Kedudukan jerawat dan info
DAHI
Haba badan melampau, peredaran darah tidak baik. Minda dan bad an, mungkin terlampau letih.Stress Kumpulan ini biasanya panas baran Nasihat : Pupuk tabiat tidur awal, bangun awal. Dapatkan tidur yg cukup dan minum air banyak
HIDUNG
Jerawat di batang hidung bermaksud tulang belakang kita mungkin bermasalah Di hujung hidung mungkin kerana haba perut melampau dan sisitem penghadaman tidak normal Di salah satu hujung hidung pula boleh dikaitkan dgn ovari atau sistem reproduksi
DAGU
Fungsi buah pinggang terjejas atau sistem endokrin (rembesan dalaman) lemah. Kaum wanita mudah mendapat jerawat di sekitar dagu mungkin berpunca drpd haid yg tidak teratur dan sistem peranakan yang bermasalah.
PIPI KIRI
Fungsi hati mungkin kurang lancar termasuk dilanda masalah rembesan, menyahtoksin dan penghasilan darah.
PIPI KANAN
Fungsi paru-paru mungkin tidak normal
PADA BADAN (BELAKANG & DEPAN)
Sistem perkumuhan yang bermasalah, sembelit. Amalkan pemakanan yang sihat dan mengikuti piramid pemakanan bagi mempastikan toksin tersingkir dengan lebih baik.
RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL..
tetap bsama korang
arinih aku terima panggilan dr hazlin.. dan aku tetap terima sms dr jem.. tetibe mcm satu kehilangan pulak… hazlin terus tye aku ‘kenape tak dtg smlm?? ‘ erm.. bile aku bgtau aku dh letak jawatan, start laa ptanyaan2 yang pelbagai jenis… walaupun jawapan yang aku berikan tetap jawapan yang sama.. cume dlm diri aku terasa satu perasaan yang sukar digambarkan… T.T
walaupun aku bukan sape2 lg kat bahagian tuh.. insAllah aku takkan hilang terus dr korang…
memang best dpt pegang jawatan.. memang best dpt jumpe pelbagai jenis org.. tp bukan senang nk pegang amanah / tanggungjawab yang diberi.. dan bukan senang bg aku utk buat keputusan nekad utk melepaskan semua nye.. keputusan tetap muktamad..insAllah..
nextweek aku perlu bdepan dengan bos ICT pula, dan bdepan dengan SPPJ yang selalu buat onar ketika demo / miting blangsung.. pg td semasa aku basuh muka, satu perasaan seram dan takot utk bdepan pada ari miting tersebut.. terbayang gambaran yg bukan2.. haihh..
dunia nih semua nya fana dan ilusi.. bagaikan sebuah mimpi..
i wanna to grow old with u..
Adam Sandler – I wanna Grow Old With You
I wanna make you smile
Whenever you’re sad
Carry you around when your arthritis is bad
All i wanna do, is grow old with you
I’ll get you medicine when your tummy aches
Build you a fire if the furnace breaks
So, it could be so nice growing old with you,….
I’ll miss you
Kiss you
Give you my coat when you are cold
Need you
Feed you
Even let you hold the remote control.
So let me do the dishes in our kitchen sink
Put you to bed when you’ve had too much to drink
Oh I could be the man that grows old with you
I wanna grow old with you.
p/s: I miss u.. missing everything on u..
mun….. ntahh..
skrg nih aku kat kolej.. bg student test.. hehe..
td sbl p sini, aku singgah kedai beli kuih n gule2..
lps mkn kuih, aku risau skrg nih.. risau muntah lg.. jd standby gule2 kat dlm beg.. T.T kalo tak mkn, aku pitam pulak kan.. kalo mkn, muntah pulak.. alahai..
arinih aku ade appointment ngan customer… ptg nnt laa.. aku rase mcm nk muntah laa bile pikir customer yang tak sudah2 komplen dan mintak bukan2.. pastu lps kelas nih, bos aku nk jumpe pulak bincang invois.. kene submit lg ke?? duit dh abis ke?? aku jugak laa kene bdepan dgn customer… byk bende tak siap lg beb!! silap aku jugak sbb aku takde idea nk buat struktur n silap aku jugak tak buat testing dan silap aku jugak sbb tak reti programming delphi.. T.T dan silap aku ke kalo customer taknak buat payment? silap aku jugak ke kalo customer asyik komplen jek?? dan silap aku jugak ke kalo customer byk cikadak?? dan silap aku jugak ke kalo jumlah tunggakan dlm sistem tak sama dgn jumlah yang dorg kire? aku akui, mungkin aku byk kesilapan..
smlm mimpi hal pu3.. harap2 lps nih tak mimpi dorg lg…
td pg.. kucing aku pn buncit telah jatuh dr atas ke bawah.. lokasi: syiling dapur.. T.T masa tuh aku siap2 nk p keje.. mak aku tgh mkn kat dapur.. ttibe mak aku jerit suruh tgk buncit.. aku pun jalan aa lambat2.. smp jek kat dapur.. aku pun jengah kat luar menuju ke bahagian dapur.. pn buncit tjuntai2 nk jatuh.. dia berusaha mengaut tgn dan kuku dia ke syiling dapur.. aku pun bgegas blari utk menyelamatkan dia.. tp aku gagal.. aku smp2 jek kat tpt kejadian.. pn buncit pn jatuh.. dh laa perot besor.. haii.. lps jatuh dia dok jek kat bawah meja diam2.. konpem sakit giler..
haha… aku nk buat keje opis kejap lh sementara tggu student aku abis jawab soklan test yg susah!! :p
-
Archives
- November 2009 (1)
- October 2009 (3)
- September 2009 (4)
- August 2009 (3)
- July 2009 (10)
- June 2009 (1)
- April 2009 (1)
- March 2009 (4)
- February 2009 (8)
- January 2009 (9)
- December 2008 (6)
- November 2008 (15)
-
Categories
-
RSS
Entries RSS
Comments RSS